Monday, June 6, 2011

Laksamana Sunan??siapakah anda di sebalik alam fantasi??

Tanah bumi ibarat sahabatmu,
Mereka seakan mengenalimu,
Kemana kamu pergi mereka iringi,
Dengan doa yang kudus,
Mengharapkan kesejahteraanmu..

Ke mana sahaja kau jejak,
Pasti bertujuan murni,
Tanah melayu,
Tanah rencong,
Negeri atas angin,
Awan,
Pasti tidak ketinggalan ilmu mu,
Demi mencari keamanan,
yang sudah pasti milikmu..

Namun,
Kau tabah menghadapi,
Apa jua dugaan yang mendatang,
Sehinggakan musuh juga dianggap sahabat,
Dengan pegangan akidah yang tinggi,
Sebagai manusia,
Kau mencintai makhluk sepertimu,
Makhluk yang bernama manusia..

Sang petala membuat durja,
Menghasut maharani membuat kerosakan,
Penyebab taghut mencipta dusta,
Melahirkan manggala yang meragut nyawa,
Menakluk dunia secara diam,
Menjadikan dunia rosak binasa..

Namun,
Laksamana sunan sebagai penghalang,
Menentang petala menjadi tanggungjawab,
Tanpa melupakan tanggungjawab sebenar,
Maka sujudlahk kau menyembah Tuhan,
Memohon segenap tenega,
Menentang musuh durjana..

Laksamana sunan,
Terciptanya mushaf ini,
Atas dasar keperibadianmu yang mulia,
Menggadaikan nyawa demi agama,
Mengorbankan hak demi makhluk seertimu,
Yang pasti,
Manusia..

Namun,
Pengharapan ini,
Takkan ku biarkan tergantung,
Di alam fantasi,
Walaupun kau lahir di luar akal dan fikiran,
Yang hanya menjiwai watak novel,
Karya agung sang penulis,
Yang melahirkan kata sakti,
Awan,kalau dapat ku gapai,
Maka saktilah hamba..

No comments:

Post a Comment

internet (public wifi) limited windows 8.1

salam..aku punya ni windows 8..dulu ak pernah taw, wifi detector ak asyk limited ja..x abes2 limited..padahal membe sbelah pakai public wifi...